Tuesday, March 31, 2009

Something About Double-Decker Bus in Japan

A Neoplan Megaliner arrived at Osaka station as "Seishun Mega Dream".




Example of independent 3 lines seat configuration in Neoplan Skyliner.



A Mitsubishi Fuso Aero King arrived at Tokyo station as "Dream-go".


A Jonckheere Monaco operating in Yokohama City Bus for city tour.




By Japanese law, vehicles are confined to maximum 3.8 meters height and 12 meters length. Japanese double-decker buses are mainly used for inter-city highway buses (i.e., motor coaches), city tours and charter buses. In 1960, Kinki Sharyo and Hino Motors manufactured the first original double-decker bus "Vista Coach" for Kinki Nippon Railway (Kintetsu).

In 1979, Chuo Kotsu, a chartered bus operator in Osaka, imported the Neoplan Skyliner, and made double-decker buses more popular. Skyliner and the other imported buses: Van Hool Astromega TD824, Drögmöller E440 Meteor and a few MAN coaches inspired Japanese bus manufactures, who developed 3 domestic models in the middle of the 1980s: "Nissan Diesel Space Dream" , "Hino Grand View" and "Mitsubishi Fuso Aero King" . They did not, however, sell very well as the ceiling was only 1.7 meters high. Nevertheless, Aero King was sold for 22 years, but, being unable to meet exhaust gas emission and safety levels, production stopped in 2005.

In 1982, Toei Bus operated Skyliners in Tokyo, between Asakusa and Ueno to 2001. And Joban Kotsu operated Skyliners in a trans-Fukushima route: between Iwaki and Aizu-Wakamatsu via Koriyama from 1983 to 1996.


Since the 1990s, JR Buses started to use Aero King for an overnight inter-city highway bus service named "Dream-go." The first Aero King in Dream-go, operated to "Fuku Fuku Tokyo" between Tokyo and Shimonoseki, Yamaguchi with Sanden Kotsu (which was replaced with a "super high-decker" coach in middle of the 1990s, "Fuku Fuku Tokyo," and finally stopped in 2006).

Japanese overnight highway buses are mainly equipped with a 3-line, two-aisle (1+1+1) seat configuration with reclining seats. When this configuration is used on an ordinary coach, it has 28, 29 or 31 seats. When this configuration is used on a double-decker bus, it has 36 or 40 seats: the vehicle's price and capacity increase while operating cost decreases.[citation needed]

JR Bus group mainly uses Aero King, Skyliner and a few Jonckheere Monaco (equipped with Nissan Diesel engine) for inter-city highway bus operations between Kanto (near Tokyo) and Kansai (near Osaka), which is named "Dream-go" (overnight express) and "Hiru-tokkyu" (Daytime Express). The other bus operators, inspired by "Dream-go", increased use of the Aero King for overnight inter-city bus service.


JR Bus Kanto imported 4 Neoplan Megaliner N128/4, leasing 2 to an operating partner (from 2003 to 2006, Kanto Railway, since 2006 Nishinihon JR Bus). The Megaliner is 15 meters long and has 84 seats (with 2+2 configuration), and is operated on an inter-city highway route between Tokyo and Tsukuba, Ibaraki from 2002 to 2005. The Megaliner has also been converted for a low-price overnight highway bus service between Tokyo and Osaka called "Seishun Mega Dream-go," with special authorization.

INFRASTRUKTUR TERMINAL BAS EKSPRES SG.NIBONG, P.PINANG

Gambar terminal bas ekpres di Sungai Nibong. Antara gambar-gambar yang dirakamkan...




Terminal Bas sg.Nibong terletak bersebelahan Tapak Pesta Pulau Pinang


Pelanggan sedang menuju ke Terminal Bas Sg.Nibong



Laluan keluar bas ekspres


Pandangan dari atas. Bas yang sedang berehat





Naik ke tingkat atas untuk beli tiket, kedai-kedai makanan, surau, tandas


Tunggu masa untuk berlepas


Kelihatan penjual-penjual tiket yang menunggu customer dari bawah, berhampiran tangga di mana customer akan naik ke tingkat atas untuk membeli tiket


Kosong..Tunggu jelah time budak USM cuti semester nanti..


Kat tingkat atas tu adalah surau

Suasana lenggang di Terminal Bas Ekspres Sg.Nibong pada hari-hari biasa


Untuk ruangan kali ni, kami akan bercerita tentang Terminal Bas Sungai Nibong pulak. Kalau sebelum ni kami asyik sembang tentang bas Rapid kan...tapi kali ni kita cuba untuk beralih kepada terminal bas pulak. Terminal bas ekspres Sungai Nibong ni mula dibina pada tahun 2004. Setakat ni terdapat sebanyak 12 buah platform yang menempatkan bas-bas ekspres untuk memberhenti dan mengambil penumpang...Terdapat pelbagai jenis syarikat bas yang membuka perkhidmatan kaunter antaranya Srimaju, Transnasional, Jelita Ekspres dan lain-lain lagi.
Semasa membuat kajian, suasana di terminal bas ekspres Sungai Nibong ni lengang dengan bunyi bas-bas ekspres. Kiranya tak banyak la bas pada hari tu...Melalui pemerhatian, kami mendapati kemudahan yang disediakan setakat ni okey...tetapi terdapat beberapa perkhidmatan penting yang tidak disediakan. Ini turut diakui oleh pekerja-pekerja di terminal tersebut. Antara perkhidmatan yang tidak disediakan tetapi penting untuk disediakan ialah seperti "perkhidmatan mesin pengeluaran wang (ATM)" dan juga "perkhidmatan pertukaran wang asing". Kedua-dua perkhidmatan ni dirasakan sangat penting untuk membolehkan orang ramai terutamanya pelancong asing melakukan pertukaran serta urusan mereka. Kita semua sedia maklum kalau nak buat perkhidmatan pengeluaran wang kita kena p kat BJ, tak pun kat Queensbay sana, jauh tu (walaupun dekat kalau ada kenderaan sendiri)....tak fikir ke situasi kalau seseorang tu,dah la baru sampai...duit plak memang dah tak de....apa lagi mesti la nak cari mesin ATM...tapi mesinnya tak de kat terminal tu...nak pulak kena ke sana ke mari...(masa terbuang kat situ dah..) Tapi seandainya perkhidmatan tu disediakan...ini akan memberi kesenangan kepada semua pihak. Tak luper jugak terima kasih kat abang-abang penjual tiket yang membantu dalam mendapatkan maklumat.
Perkhidmatan yang kedua pulak, perkhidmatan pertukaran wang asing. Ini memang sangat-sangat penting untuk pelancong yang datang melancong ke Pulau Pinang. Oleh yang demikian, bagi meleraikan segala permasalahan semua pihak ni, kumpulan kami telah pun merujuk perkara ini kepada pihak yang tertentu...iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Dan yang paling akhir yang tak bestnya ialah..kat terminal ni ada luggage tapi tak berfungsi n tutup 24 jam (ntah isi apa kat dalam tu)..So, terpaksalah sementara tunggu bas, letak beg yang banyak kat surau..Yelah, takkan nak pergi makan jap atau pergi toilet ke nak angkut semua beg tu masuk toilet sekalikan.. Tapi of course ciri keselamatannya tak terjamin kan..











LET'S WATCH SIMPLE VIDEO FROM US

video

"THE STORY OF PUBLIC BUS 2009 CIT-CAT"

(Last Dr. Reevany Bustami project)

Sunday, March 29, 2009

Pandangan Bebas Kumpulan Kajian Tentang Bas Awam Di P.Pinang

(SEPANJANG 3 TAHUN MENUNTUT DI USM)
SYA, AZRIN, DEVI & QAY

1) Ketika habis minggu orientasi pelajar, adakah anda terus keluar dari universiti dan pergi ke pusat membeli-belah dengan menaiki bas awam?

QAY: Ya, saya terus ke KOMTAR bersama roomate saya dan dua lagi rakan yang baru dikenali ketika orientasi. Naik Bas Milan masa tu..

SYA: Tidak...kerana saya tidak biasa menaiki bas awam.

AZRIN: Tidak kerana saya menaiki kenderaan sendiri ketika itu.

DEVI: Ya, saya keluar bersama senior saya ke pusat membeli belah dan menonton wayang.

2) Semasa mula-mula tiba di P.Pinang, apakah pandangan awal anda mengenai bas awam di sini?

QAY: Cepatnya bas di sini..Tunggu sekejap dah ada..

SYA: Senang untuk didapati sebab perkhidmatan bas yang disediakan terlalu
banyak...contoh mcm Rapid...Banyak bas yang disediakan.

AZRIN: Memang senang sangat nak dapat bas..tidak perlu menunggu lama.

DEVI: Pada pandangan saya, perkhidmatan bas awam di Pulau Pinang boleh dikatakan tidak memuaskan. Hal ini kerana apabila saya mula-mula tiba di Pulau Pinang, bas pertama yang saya naiki ialah Bas Milan. Keadaan bas Milan sangat teruk dan tidak terurus.

3) Bagaimana pula dengan sikap pemandu bas di sini? Adakah sama atau hampir sama di tempat anda?

QAY: Ada setengah yang hampir sama terutama pemandu bas yang muda.Mereka adakalanya kurang sabar.

SYA: Sama saja...Pemandu muda terutamanya ada yang bersikap kurang sabar.

AZRIN: Ada yang bersikap tidak mesra terutama pemandu bas Milan.

DEVI: Sikap pemandu bas di tempat saya lebih baik daripada sikap pemandu di Pulau Pinang.Pemandunya menjerit untuk mendapatkan penumpang dengan menggunakan bahasa yang kasar.


4) Adakah anda pernah melihat sikap pemandu bas awam di P.Pinang ini yang tidak menyenangkan?

QAY: Semestinya ada..Paling tak suka mereka hon sekuat hati & cakap perkataan lucah..Sungguh meluat saya..

SYA: Sikap dan juga situasi ni boleh dilihat di mana-mana tempat...Terutama
pemandu yang tidak beretika ketika memandu di jalan raya.

AZRIN: Sering sangat saya melihat kelakuan yang tidak menyenangkan ini. mungkin kerana tekanan menyebabkan keadaan ini berlaku

DEVI: Sikap pemandu bas di Pulau Pinang sememangnya tidak menyenangkan kerana mereka melayan penumpang dengan teruk. Keadaan ini menyebabkan perasaan penumpang terguris termasuk saya.


5) Pendapat anda tentang tambang bas awam di sini? Adakah berbaloi?

QAY: Kalau dari USM ke Sg.Nibung tu pun RM 1 rasa mcm tak berbaloi sebab dekat sangat..Kalau dari Bukit Jambul ke Queensbay pun RM 1 gak..Sedangkan dekat sangat..

SYA: Tambang bas ni...setuju dengan pendapat Qayherah...kalau dari USM ke Sg.
Nibong dalam 0.50 sen ke, 0.60 sen ke...tu kira okey la

AZRIN:Berbaloi sangat. kerana tambangnya murah saja.jadi sebangai pelajar memang tersangat murah.

DEVI: Tambang bas awam di Pulau Pinang mahal sekiranya dibandingkan dengan kampung saya. Perjalanan yang hanya memakan masa 5 minit dikenakan tambang yang mahal.


6) Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika menaiki bas awam di P.Pinang...

QAY: Masa buat projek CSR tahun lepas, masa nak balik dari buat kajian (bulan puasa, dari KOMTAR nak ke USM), tiba-tiba selepas bas melepasi KOMTAR, pemandu bas ditahan oleh anggota polis kerana tidak memiliki lesen memandu bas..Kawan pemandu bas tu lari tapi dapat ditangkap semula oleh anggota polis tersebut..

SYA: Pengalaman yang tak dapat dilupakan...pemandu bas kena tangkap dengan
pihak Polis sebab pemandu tidak memiliki lesen serta bas yang dipandu
tidak mempunyai permit.

AZRIN: Penagalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah pemandu bas telah memulakan perjalanan tanpa melihat terdapat penumpangnya yang belum sempat duduk lagi. penumpang tersebut merupakan warga tua dan keadaan ini menyebabkan orang tua itu jatuh. keadaan yang sangat menyayat hati saya.

DEVI: Ketika saya menaiki bas Milan dari Bukit Jambul, pemandu bas tersebut menolak penumpang masuk ke dalam bas dan menjerit kepada mereka agar memenuhkan ruang bas tersebut. Tujuannya adalah untuk mendapatkan penumpang yang ramai.


7) Pada pandangan anda, apakah yang perlu ditingkatkan mengenai bas awam di P.Pinang?

QAY: Sekarang ni jadual perjalanan bas dah lambat tak kiralah bas apa pun.Jadi, kalau ketersusunan jadual itu dipatuhi, alangkah baiknya..
SYA: Sistem pengurusan dari segi masa...dari segi infrastruktur tu dah okey,
cuma terdapat sesetengah bas yang perlu diperbaiki misalnya, tempat
duduk

AZRIN: jadual yang tidak menentu perlu diperbaiki supaya orang ramai lebih mudah menggunakannya.

DEVI: Pada pandangan saya, kebersihan dan tatatertib pemandu bas perlu ditingkatkan agar penumpang berasa lebih selesa menggunakan perkhidmatan bas tersebut.


Sejarah Permulaan Bas Di Penang

Sumber dipetik daripada www.rapidpg.com.my-Memory Lane daripada buku yang bertajuk
'Penang Trams, Trolleybuses & Railways: Municipal Transport History 1880s-1963 ' oleh Ric Francis & Colin Ganley
Kompeni Morris Komersial-Bas Lim Seng Seng.








Bas Kuning Austin K8 dengan plat nombor P9315

berada di kawasan jalan luar bandar.







GTMT trolleybas No. 24 dua tingkat di atas Jalan Ayer Itam-Jett
yang menghala ke arah Jalan Dato' Kramat bersebelahan
dengan simpang Jalan Perak.







Pengangkutan bas London dua tingkat yang sampai dan baru
digunakan di Penang, masih lagi menggunakan nombor
pendaftaran CGF175 dan CGF 183. Menjadi bas Penang yang ke 22 dan 23.







Pada tahun 1953, RSJ 'Small Light Type' dilihat dengan
membawa imej baru kerana badan bas dicat semula oleh Syarikat Tramways.





Dari dua sudut pandangan yang sama ke atas Standard RSJ Trolleybus Type C
ke atas Jalan Penang dan Jalan Prangin.








Trolley bas yang pertama dekat Jalan Penang.








Gambar ini diambil disepanjang simpang Jalan Magazine. Dikenali juga sebagai 'Jalan SimpangEnam' yang merujuk kepada simpang yang mempunyai enam jalan iaitu Jalan Magazine, JalanBrick Kiln, Jalan Dato' Kramat, Jalan Macalister, Jalan Penang dan Jalan Gladstone.










Tram elektrik Penang bergerak sepanjang Weld Quay melalui hadapan
Stesen Keretapi F.M.S-dikenali juga sebagai 'stesen keretapi tanpa rail'





Lagi Kisah di Puduraya..

Kisah ni dah lama berlaku....tiba-tiba teringat kembali sewaktu tengah duduk menunggu kedatangan idea.hihihhiiii...
Ini merupakan pengalaman seorang abang, adiknya pulak salah seorang daripada ahli kumpulan ini...Nak dijadikan cerita, abang ni nak p rumah mak sedara kat KL. Dia pun ambik la bas dari tempat dia sampai ke KL. Sesampainya abang ni kat KL, dia pun tunggu la pakcik yang akan datang menjemputnya...tunggu punya tunggu...tak datang-datang jugak.

Tiba-tiba, tengah duk tunggu ni...datang dua orang lelaki ke arahnya. Dua orang lelaki ni pun dengan tak beradabnya telah meninta duit kat abang ni (hmm...beselah KL, kehidupan yang penuh dengan pancaroba). Apalagi, abang ni cakap la tak duit nak bagi...yelah dalam dompet cuma ada RM10 je...nak bagi macam mane...kalau bagi, dah tentu la tak de duit kan...apatah lagi lelaki dua orang ni memang tak kenal langsung kan. Tapi lepas je abang ni cakap tak de duit, salah sorang dari lelaki ni bawak keluar pisau...kemudian diacunya pisau tu kat perut abang...sesuatu yang tidak diduga telah terjadi...

Abang ni pun tak de pilihan jadi terpaksa la bagi....yang sedihnya...masyarakat awam terutamanya mereka-mereka yang ada masa kat tempat kejadian tu la kan, langsung tak membantu (kononnya tak nak masuk campur)...Cuma hanya mampu melihat dan melihat...tiada langsung sebarang tindakan contoh macam hubungi talian Rakan Cop ke...tak lama lepas tu, pakcik pun sampai.
Kisah ni merupakan salah satu kisah yang sering terjadi dalam masyarakat kita. Apabila sesuatu perkara atau situasi tu berlaku depan mata kita, kita akan tergamam seketika...tak tau, kita jadi panik...apatah lagi mangsa keadaan waktu. Tapi kalau bukan kita yang akan membantu siapa lagi...nak tunggu berlakunya pertumpahan darah...kejadian bunuh-membunuh di perhentian bas. Cuba anda renungkan seketika....seandainya yang diugut atau mangsa tersebut adalah adik beradik anda, ataupun sedara mara anda atau mereka yang paling rapat dengan anda....tidakkah itu sesuatu yang menyedihkan... Tepuk dada tanyalah hati...!!!

Kisah Kena Tipu di Puduraya..

Gambar masa mula-mula masuk USM, Penang (2006)



Suasana keadaan jalan yang lengang...pada waktu pagi




Keadaan yang penuh dengan orang ramai



Suasana di Puduraya pada waktu malam




Ini kisah 3 tahun yang lalu..(JULAI 2006)..Kisah ini berlaku masa mula-mula aku masuk USM P.Pinang..Tak sampai sebulan bergelar mahasiswa..


Alkisahnya..lepas habis jer kuliah Dr.Premalatha (STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL), aku baliklah rumah aku tu kat N.Sembilan..Rasa macam dah lama tak balik rumah padahal baru 2 minggu jer..

Yang sebenarnya punca masalah ialah masa aku nak balik semula ke USM ni selepas "cuti-cuti Malaysia" aku tu. Di sebabkan tiket bas untuk ke Penang di Terminal One, Seremban dah habis, aku kirimlah kat member aku yang duduk KL ni beli tiket bas kat Puduraya (member aku tu pun 1 kos dengan aku & belajar kat USM gak)..So, dia pun belilah tiket untuk aku..Member aku kata, bas tu akan bergerak ke Penang tepat pada pukul 1pm..


Aku pun dari Seremban turunlah ke Puduraya..Dah nak dekat pulul 1 (lagi 10 minit tak silap aku), member aku ni still tak menampakkan batang hidungnya. Aku call & message banyak kali tapi dia asyik kata on the way..Aku pun dah mula hilang keyakinan kat dia samaada dia ni ada beli ke tak tiket bas aku..


At last, aku pun pergi jer beli tiket bas yang baru pada seorang mamat yang jual tiket ni. Masa beli tu, mamat ni kata nanti tunggu bas tu kat platform berapa aku pun dah tak ingat..Bila aku pergi jer kat platform bas tu, aku nampaklah bas ekspres yang menuju ke Penang. Tapi bila aku tunjuk jer tiket yang aku beli tu pada konduktor bas tersebut, dia kata tiket yang aku beli tu tak valid & bukan tiket rasmi syarikat bas ekspres tersebut..Memang sahlah aku dah kena tipu ni dengan penyagak tu!!Bila aku cari si penjual tiket tu dah lesap pulak..Hmm..HILANG DALAM RAMAI bak kata Kump.Exist..



Sebaik sahaja upacara menipu aku tu selesai..maka tersembullah member yang aku nanti-nantikan tadi.. Dia pun dengan hormatnya menyerahkan tiket bas aku yang dia dah beli kelmarin..Tapi aku tak naik bas dengan dialah..Nasib baik tiket bas yang dia beli tu valid & aku pun selamat berlepas ke Penang semula.



Yang tak bestnya, mestilah aku kena bayar balik kat dia tiket yang dia belikan untuk aku tu.. Pasal dia lambatlah aku kena beli tiket bas yang baru & nasib bas tu tak jalan lagi dan sememangnya akulah orang yang terakhir yang melangkah dalam keterpaksaan menaiki bas tersebut.. Melayang RM35 kena tipu dengan "ulat tiket" kat Puduraya...

Saturday, March 28, 2009

ALTERNATIF PELANCONGAN DARI RAPID PENANG


BAS PERCUMA ATAUPUN "FREE SHUTTLE"







CENTRAL AREA TRANSIT














Bas pelancongan oleh Rapid Penang










Naik jer, tak payah bayar pun..





Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam memperkenalkan kebudayaan negara kita kepada pelancong-pelancong asing yang ingin mengetahui keistimewaan yang terdapat di Malaysia. Pelbagai langkah yang telah diambil oleh kementerian Kesenian Kebudayaan dan Warisan Malaysia dalam mengetengahkan keunikan negara Malaysia seperti melalui makanan, tarian, adat istiadat melayu, dan lain-lain lagi. Antara program yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah seperti pertunjukan Citrawarna, Tahun Melawat Malaysia, sambutan perayaan secara besar-besaran peringkat negeri dan kebangsaan, mempromosikan keunikan sejarah setiap negeri hasil peninggalan penjajah yang terdahulu dan sebagainya. Terlanjur bercakap tentang peninggalan sejarah oleh bekas penjajah yang dahulunya pernah menjajah negara kita...jika diimbas kembali cerita ini penuh dengan perjuangan tokoh-tokoh pemimpin negara kita yang berjiwa kental dan bersemangat waja. Justeru dalam usaha memperkenalkan negeri yang pernah diisytiharkan sebagai tapak warisan tinggalan sejarah oleh kementerian kebudayaan kesenian dan warisan ini...syarikat bas rapid telah mengambil inisiatif serta langkah yang tepat bagi memperkenalkan keistimewaan serta keunikan negeri yang dikenali juga sebagai negeri Pulau Mutiara. Syarikat Rapid telah mempromosikan kecantikan keunikan dan keistimewaan negeri Pulau Pinang dengan memperkenalkan perkhidmatan bas Rapid secara percuma yang akan membawa para pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara untuk melihat selain bersiar-siar keindahan dan kecantikan Pulau Mutiara ini. Mungkin ada di antara anda yang akan tertanya-tanya..."eh, betul ke bus ni percuma"... Sememangnya jawapan yang akan anda terima ialah..."YA".


Memang benar syarikat bas Rapid telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat tempat-tempat menarik yang terdapat di Penang ini. Bermula di perhentian utama bas Rapid iaitu di jeti...bus tersebut kemudian akan menunggu penumpang yang akan ke tempat-tempat tertentu. Untuk makluman anda semua...perkhidmatan ini mula diperkenalkan pada 23 Januari 2009 dengan disediakan sebanyak 3 buah basserta perkhidmatan yang disediakan adalah hanya untuk tempat-tempat tertentu sahaja yakni tempat-tempat sejarah. Antara laluan yang dilalui oleh bas pelancong ini adalah seperti Komtar, Pasar Chowrasta, IPK Penang, Padang Kota dan kembali semula ke jeti. Tiada halangan untuk anda melawat tempat-tempat menarik meskipun tiada pengangkutan persendirian. Seandainya pelancong dari luar negara teruja dengan sejarah warisan negara kita...mengapa tidak kita sebagai rakyat yang bermastautin di negara kita sendiri menghargai serta menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam memperkenalkan negara kita sendiri... Oleh itu, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah...
HARGAILAH WARISAN KESENIAN BUDAYA KITA

KECELARUAN vs KETERSUSUNAN INFRASTURKTUR..

Stesen bus yang ada kaunter pertanyaan..
Infrastuktur teratur dan kalau tak tau boleh tanya pekerja yang sedang bertugas

Kalau tak tau nak naik bas yang mana satu,boleh tengok petunjuk..Kan senang kalau setiap perhentian ada macam ni..Tak lah kalut semacam..





Bersimpang-siur..HUUUhh PENINGNYA..
Di sekitar terminal bus Komtar..

Kedudukan bas tak teratur menyebabkan bas lain kekurangan tempat untuk parkir bas mereka

Kena senyum walau hakikatnya bengang...

Siasatan sedang dijalankan..


Keadaan di terminal ini masih boleh diperbaiki..

Hari yang sejuk ni pula, kami nak cit-cat tentang kecelaruan dan ketersusunan infrasturtur di terminal dan perhentian bas yang terdapat di Penang ni..Kenapa?? Sebab perkara ini adalah sesuatu yang penting memandangkan Pulau Pinang ni kan salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia ni..Lebih-lebih lagi setelah diikhtiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.. Justeru, untuk kemudahan semua pelancong yang datang bertandang, infrastruktur di setiap terminal dan perhentian juga mestilah baik dan selesa..Memanglah bercakap itu mudah tapi sekurang-kurangnya kita list dulu setiap kelemahan tu kan..

Kalau dekat Butterworth tu, apa yang kami perhatikan, keadaan terminal bas nya memang agak bercelaru..Sebabnya, pemandu-pemandu bas ada yang tak parkir bas mereka betul-betul..Jadi, bila pemandu bas lain nak masuk, dah jadi satu masalah..tak de tempat parkir..Masing-masing nak fikir kesenangan masing-masing..Lepas tu, perkara wajib yang berlaku ialah MEMBUNYIKAN HON DENGAN SEKUAT-KUATNYA..Buat malu jer dekat pelancong-pelancong asing tu..Lagi satu, kedudukan bas awam dan bas ekspres yang berterabur tu menyebabkan orang awam agak sukar untuk mencari di mana lokasi bas yang ingin mereka naiki itu..Boleh mendatangkan kemarahan tu..

Lain pula dekat sekitar jeti, keadaannya lebih teratur dan memudahkan pergerakan orang ramai..Sebabnya, sign board cukup, ada kaunter pertanyaan sekiranya tak faham dengan laluan bas, ada petunjuk perjalanan bas yang lengkap dan tempat menunggu yang selesa.. Sekurang-kurangnya ia dapat memudahkan pergerakan para pelancong asing yang datang ke sini..Kalau boleh kita mestilah nak elakkan pandangan-pandangan negatif daripada mereka tentang Pulau Pinang ini..

Di sekitar perhentian bas di Komtar pun, infrastrukturnya walaupun dipenuhi dengan pelbagai bas yang keluar masuk tetapi ia agak selesa dan tidak berserabut..Hal ini kerana, setiap syarikat bas ada pekerjanya yang bertugas bagi membantu setiap pengguna-pengguna bas awam. Tempat menunggu serta sign board juga cukup untuk kegunaan dan panduan pengguna..Cuma kalau hari minggu dan hari cuti itu biasalah..kesesakan tidak dapat dielakkan..

Jadi, pendapat korang pula tentang infrastruktur perhentian dan terminal bas di Penang pula ni bagaimana???































What is SOLAR BUS??

resources: (http://www.solarbus.org/index.shtml)


















The Solar Bus is a demonstration and education project created by The Harmony Institute to promote awareness of issues relating to:

-Biodiesel Fuel
-Vegetable Oil as Fuel
-Other Alternative Fuels
-Solar Energy
-Energy Conservation
-Peace, Politics, and the Environment


We believe that the best way to promote something is to DO IT. And if you really want to get people's attention, BIGGER is better.

Too many people don't realize that solar energy actually works. We want to show people, not just tell people, that it does work. That's what the Solar Bus is all about.

The Solar Bus engine, a Cummins 290HP Turbo Diesel, runs on vegetable oil and bio-diesel fuel as much as possible. The electric system is powered by solar photovoltaic panels. You can find the Solar Bus at events and festivals mainly in the Northeast United States. The Solar Bus is also available as a tool for teachers in public schools.