Cadangan puan akan saya bawa untuk pertimbangan jabatan yang berkaitan. Terima kasih sekali lagi atas keperihatinan puan.
Patrick Khoo
Pengarah Khidmat Pengurusan
From: syaaibah zulkipli [mailto:syai_zul@yahoo.com]
"...Walk with us until the end..."
Tuan,
MORE BUSES
"THE STORY OF PUBLIC BUS 2009 CIT-CAT"
(Last Dr. Reevany Bustami project)
Bas Kuning Austin K8 dengan plat nombor P9315
berada di kawasan jalan luar bandar.
Gambar ini diambil disepanjang simpang Jalan Magazine. Dikenali juga sebagai 'Jalan SimpangEnam' yang merujuk kepada simpang yang mempunyai enam jalan iaitu Jalan Magazine, JalanBrick Kiln, Jalan Dato' Kramat, Jalan Macalister, Jalan Penang dan Jalan Gladstone.
Hari yang sejuk ni pula, kami nak cit-cat tentang kecelaruan dan ketersusunan infrasturtur di terminal dan perhentian bas yang terdapat di Penang ni..Kenapa?? Sebab perkara ini adalah sesuatu yang penting memandangkan Pulau Pinang ni kan salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia ni..Lebih-lebih lagi setelah diikhtiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.. Justeru, untuk kemudahan semua pelancong yang datang bertandang, infrastruktur di setiap terminal dan perhentian juga mestilah baik dan selesa..Memanglah bercakap itu mudah tapi sekurang-kurangnya kita list dulu setiap kelemahan tu kan..
Kalau dekat Butterworth tu, apa yang kami perhatikan, keadaan terminal bas nya memang agak bercelaru..Sebabnya, pemandu-pemandu bas ada yang tak parkir bas mereka betul-betul..Jadi, bila pemandu bas lain nak masuk, dah jadi satu masalah..tak de tempat parkir..Masing-masing nak fikir kesenangan masing-masing..Lepas tu, perkara wajib yang berlaku ialah MEMBUNYIKAN HON DENGAN SEKUAT-KUATNYA..Buat malu jer dekat pelancong-pelancong asing tu..Lagi satu, kedudukan bas awam dan bas ekspres yang berterabur tu menyebabkan orang awam agak sukar untuk mencari di mana lokasi bas yang ingin mereka naiki itu..Boleh mendatangkan kemarahan tu..
Lain pula dekat sekitar jeti, keadaannya lebih teratur dan memudahkan pergerakan orang ramai..Sebabnya, sign board cukup, ada kaunter pertanyaan sekiranya tak faham dengan laluan bas, ada petunjuk perjalanan bas yang lengkap dan tempat menunggu yang selesa.. Sekurang-kurangnya ia dapat memudahkan pergerakan para pelancong asing yang datang ke sini..Kalau boleh kita mestilah nak elakkan pandangan-pandangan negatif daripada mereka tentang Pulau Pinang ini..
Di sekitar perhentian bas di Komtar pun, infrastrukturnya walaupun dipenuhi dengan pelbagai bas yang keluar masuk tetapi ia agak selesa dan tidak berserabut..Hal ini kerana, setiap syarikat bas ada pekerjanya yang bertugas bagi membantu setiap pengguna-pengguna bas awam. Tempat menunggu serta sign board juga cukup untuk kegunaan dan panduan pengguna..Cuma kalau hari minggu dan hari cuti itu biasalah..kesesakan tidak dapat dielakkan..
Jadi, pendapat korang pula tentang infrastruktur perhentian dan terminal bas di Penang pula ni bagaimana???