Sunday, March 8, 2009

CEO Rapid Penang dan Pengurusan Kanan Sedia Ganti Pemandu Mogok..

Keratan akhbar Berita Harian 25 Januari 2009 yang lalu

Ramai penumpang lebih selesa untuk menaiki Rapid Penang sejak perkhidmatannya bermula 31 Julai 2007 yang lalu




Hari ini pula kami nak ulas artikel Berita Harian bertarikh 25 Januari 2009 yang lalu..Ia mengenai usaha CEO Rapid Penang dan sembilan lagi pengurusan kanan syarikat tersebut yang telah menerima lesen Kelas E dan Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam yang melayakkan mereka memandu bas.


Pemilikan lesen memandu itu adalah sebahagian daripada inisiatif dalam Pelan Pemulihan Bencana syarikat itu. Sekiranya berlaku masalah seperti pemandu mogok, mereka dari bahagian peringkat pengurusan itu akan ambil alih tugas pemandu tersebut. CEO Rapid Penang, Azhar Ahmad dan pegawai-pegawainya mengikuti semua kelas teori dan amali sebelum menduduki ujian memandu.


Menurut beliau lagi, selepas ini eksekutif Rapid Penang juga akan diwajibkan mengambil lesen memandu Kelas E dan PSV untuk melayakkan mereka memandu bas. Hal ini sebagai langkah persediaan sekiranya keadaan memerlukan mereka untuk berbuat demikian. Selain itu, ia juga dapat melatih pegawai peringkat pengurusan dan eksekutif lebih memahami kerjaya pemandu, sekali gus mewujudkan suasana kerja dan hubungan yang mesra dengan pemandu bas..


Pada pandangan kami, ia suatu usaha yang murni dan wajar dicontohi oleh peringkat pengurusan tertinggi bas awam-bas awam di Malaysia ini. Sekiranya pemandu bas mogok, sudah tentu yang menjadi mangsanya penumpang-penumpang bas awam yang setia menggunakan kemudahan ini pada setiap hari. Mereka sudah tentu sukar untuk bergerak kerana ketiadaan bas lebih-lebih lagi kepada mereka yang pergi bekerja dengan menggunakan perkhidmatan bas awam ini..












No comments:

Post a Comment