Sunday, March 15, 2009

Rapid Penang Mencegah Jenayah Bersama Polis


Pelancaran Bas Rakan Cop Penang




Hotline PDRM....penting...!!!!!
sekiranya terdapat kegiatan jenayah yang berlaku di tempat anda
hubungilah talian ini...







Bersama membanteras jenayah....


Dalam membanteras jenayah yang semakin menjadi-jadi, Rapid telah mengambil langkah yang positif untuk membantu pihak Polis dalam memastikan keamanan negara agar sentiasa terpelihara...

Melihat kepada keadaan dunia sekarang ni, semakin banyak dengan kegiatan jenayah...tak kisah la dari jenayah yang kecil sehingga kepada jenayah yang sebesar-besarnya, penjenayah memang tak kan pernah serik walaupun dah banyak kali kena tangkap... Terlintas jugak tentang masalah ni...bilakah agaknya Malaysia akan bebas dari kegiatan jenayah yang semakin bermaharajalela di setiap ceruk kawasan???Tak kiralah... kawasan luar bandar ke, apatah lagi kawasan bandar...
Usaha yang diambil oleh pihak Rapid bagaimanapun dilihat sebagai suatu langkah yang murni dalam membantu pihak Polis mencegah jenayah melalui pelancaran bus Rakan Cop yang menggambarkan kerjasama masyarakat membantu pihak Polis dalam mencegah jenayah. Sempena dengan Hari Mesra Polis Bersama Rakyat yang berlangsung di Seberang Prai, turut dilancarkan juga pendaftaran sebagai ahli Rakan Cop. Dengan adanya bus Rakan Cop ni, diharapkan jenayah yang sedia ada dapat dikurangkan.
Jenayah sentiasa ada di mana-mana...tak kira usia, bangsa, latar belakang dan sebagainya. Dan tak mustahil dalam bus pun boleh terjadinya jenayah ni. Misalnya...pencuri, penyeluk saku ke, peragut beg ke, samseng dalam bus ke...sekiranya kejadian-kejadian seumpama ini berlaku di dalam bus...manfaatkanlah perkhidmatan yang telah diberikan. Terlanjur bercakap tentang kejadian curi, gaduh macam-macam lagi la kan...masyarakat kita kadang-kala lebih suka melihat daripada membantu serta menolong. Kejadian ni baru lagi berlaku, dalam bus...ketika perjalanan pulang ke USM...sewaktu sampai ke destinasi perhentian di salah satu tempat, tercetusnya pergaduhan antara beberapa remaja sekolah dengan tidak semena-mena....semua penumpang dalam bus hanya terkedu mungkin tak sangka perkara macam ni boleh berlaku. Asalnya cuma berselisih bahu sahaja...tapi mujurlah sempat ditenangkan oleh kawan-kawan yang disebelah pihak ni.... Dalam hal ni, semua pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam membanteras jenayah. Kita sebagai orang awam ni...dianggap juga sebagai mata dan telinga Polis. Oleh itu, bagi memastikan keamanan dan keselamatan sentiasa terpelihara...marilah kita bersama-sama berganding bahu dengan pihak polis.
*Rakyat Sejahtera Negara Aman Makmur....

































No comments:

Post a Comment