Saturday, March 28, 2009

Bukan Sekadar Perkhidmatan..tapi juga..sebagai MEDIUM PENGIKLANAN


Pengiklanan dalam bas awam


Who's making your neighbour safer??



Iklan yang ingin disampaikan tepat dan ringkas


Mesej "Hentikan Keganasan Ke Atas Gaza" yang dibawakan oleh Rapid


Hentikan Keganasan...!!! Selamatkan Gaza...


Pesanan komuniti dari pihak Rapid Penang


Kebudayaan negara Malaysia yang dipamerkan melalui bas Rapid





Kita sedia maklum kini perkhidmatan awam semakin bertambah...seperti dengan adanya bas awam, teksi, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)...dan sebagainya. Walaupun hanya sebagai medium perkhidmatan yang disediakan kepada semua pengguna iaitu dengan menghubungkan satu tempat kepada satu tempat namun peranannya sangat besar dan dapat memberi manfaat kepada setiap pengguna.








Kadang kala, tak semua orang sedar tentang apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ni.... Apa yang dapat diperhatikan dalam keadaan masyarakat kita sekarang ni ialah sikap saling ingat-mengingati sesama kita. Selain itu juga, sikap saling bantu membantu sesama manusia memang terserlah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini jelas diperhatikan melalui perantaraan medium perkhidmatan dengan medium pengiklanan. Baru-baru ni dunia dikejutkan dengan peperangan yang berlaku di Gaza.




Pelbagai reaksi yang kita terima dari semua pihak...yelah...mana taknye...cuba kalau peperangan ni terjadi kat Malaysia. Kita yang duk kat Malaysia, rakyat Malaysia lagi tu....patut bersyukur la sebab negara kita tak macam negara-negara lain yang kat luar sana. Atas rasa kemanusiaan...ingin membantu dan dibantu serta rasa tanggungjawab la kan...pihak syarikat bas rapid telah mengambil inisiatif yang sangat-sangat bagus dengan mengiklankan mesej kesedaran di bahagian badan bas tersebut (bas rapid la kan...) tentang keperitan, kesengsaraan, kesedihan...yang dialami oleh penduduk Islam di Gaza...dengan mesej yang disampaikan sedkit sebanyak dapat membantu masyarakat di sana selain kita rakyat Malaysia kat sini mempunyai tanggungjawab ingin menolong. Peperangan serta keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin ketika serangan di Gaza awal tahun ini mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia.

Mesej yang dibawakan oleh Rapid ini dapat mengetengahkan nilai-nilai murni yang tergambar dalam masyarakat kita yakni melalui emosi dan perasaan yang tersirat serta tersurat dalam diri penduduk Palestin.





Selain itu juga, terdapat pelbagai mesej yang boleh dipamerkan melalui perkhidmatan bas ini...Lihat saje macam kat luar negara yang mengiklankan kerja di badan bas...






















































KISAH KEGIGIHAN SANG IBU...


Ibu ini tidak jemu-jemu memanggil pelanggan untuk membeli tiket di kaunternya...

Bila tak larat apa salahnya duduk sekejap..

Di perhentian bas ini, selain bising dengan bunyi bas, ia juga bising dengan suara-suara penjual tiket bas

Biar penat, tugas tetap tugas..

Hai, kawan-kawan..Macam mana hari ni??Tengah pening siapkan report & poster lagi erk??Tak pe buat perlahan-perlahan ok janji siap dan puas hati dengan kerja kita..
Ok hari ni kami nak cerita tentang kegigihan kaum wanita lebih-lebih lagi kaum ibu yang menjual tiket-tiket bas di kaunter-kaunter bas seluruh Malaysia ni.. Ketika ini, jika di perhatikan betul-betul, semakin ramai kaum wanita yang mencari rezeki dengan menjual tiket-tiket bas di perhentian bas terutamanya kaum ibu. Kadangkala, tenggelam pula spesis lelaki yang menjual tiket dari penglihatan kita.
Ramai dalam kalangan wanita-wanita yang menjual tiket ini merupakan ibu tunggal yang meneruskan pekerjaan ini demi mencari rezeki untuk anak-anak mereka dan kelangsungan hidup mereka..Itu sebenarnya yang membanggakan..Walau apapun dugaan yang mendatang, hidup mesti diteruskan walaupun tanpa suami di sisi kita..Sekurang-kurangnya kita berhenti dari menyalahkan takdir apabila kita sendiri ada alternatif sendiri untuk membuatkan hidup kita lebih baik..
Wanita zaman sekarang lebih berani menanggung risiko terutamanya dalam mencari rezeki ini..Biar susah tetapi sekurang-kurangnya kita cari jalan supaya tak menyusahkan orang lain..Yang penting pekerjaan itu halal di sisi agama..Sikap tak putus asa dalam mencari rezeki seperti ibu-ibu ini harus dijadikan teladan oleh remaja-remaja masakini..Jangan terlalu tenggelam dengan dunia yang dicipta sendiri..
Dari dulu sampai sekarang, kerja memandu bas ini adalah pekerjaan kaum lelaki, tetapi siapa tahu kan waktu mendatang, kaum wanita pun berani menyahut cabaran untuk memandu bas ekspres pula..
"BILA KITA ADA ALTERNATIF, ITU TANDA KITA SEMAKIN BIJAKSANA..."










Tuesday, March 24, 2009

Utamakan keselamatan bukan keuntungan....


Apabila dilihat kawasan di atasa ini...sudah pasti ramai yang mengetahui lokasi kawsan ini kn..? terutama pelajar-pelajar USM! yela,mana tak nyer dah menjadi tempat biasa bagi pelajar dan pengguna perkhidmatan bas awam.. nak tahu dimana lokasi ini..?mana lagi kalau bukan bersebelahan terminal Sungai Nibong..

Macam mana kita semua tahu bahawa kawasan ini merupakan empat menunggu bas..?pelik kan..?papan tanda ke atau bangku untuk menunggu pun tidak disediakan..agaknya para pelajar pun ikut jer orang yang ada kn..hehe kawasan ini menjadi lokasi dimana pelbagai jenis bas yang berhenti menurunkan dan menaikkan penumpang..keadaan ini menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain kerana lokasi mereka memberhentikan bas berhampiran dengan selekoh..tahu lah untung tu banyak yang diperolehi, tapi biarlah berpada dengan keselamatan orang lain juga.

Sepatutnya pihak yang berkenaan perlu lah mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang ramai dipelihara. Begitu juga dengan kawasan seperti Teluk Kumbar. bas berhenti sesuka hati dan kadang menyebabkan berlaku kesesakkan lalu lintas.tiada kemudahan perhentian bas yang disediakan sedangkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan agak besar jumlahnya. terdapat juga pemandu bas seperti bas Milan yang seakan-akan berlumba untuk mendapatkan penumpang dan kelihatannya perkara ini menimbulkan bahaya di kalangan penduduk di sekeliling.dengan keadaan jalan yang agak sempit dan tidak begitu luas, meninbulkan pelbagai perasaan kepada sesiapa yang melihat..hmmm..

Itu lar gelagat manusia sekarang..tidak kira kedudukan,taraf dan jenis masyarakat. perkara ini sudah menjadi lumrah yang sekali diambil tindakan. apa nak jadi lah dengan masyarakat kita nanti kn..fikir-fikirkan..dan renung-renungkan..hehe

Monday, March 23, 2009

mEdAN kITt IpOh...




Ha....ini lar Medan Kitt..stesen bas yang terletak di Bandaraya ipoh...


Tak kisah lar kalau orang nak kata bas yang ada di Ipoh ni buruk dan lama..memang itu lah hakikatnya..hehe keadaan ini memang mengundang ketidakselesaan kepada pengguna, akan tetapi pengguna terpaksa redha dengan kemudahan yang ada kerana tiada sebarang pembaharuan yang dilakukan.. apabila saya pergi ke stesen bas berkenaan, saya dapat merasakan keadaan yang tidak menyenangkan itu. dengan bau busuk,kotor dan macam-macam lagi..memang loya tekak bila terpaksa duduk di tempat berkenaan..walaupun terpapar banyak peringatan seperti 'dilarang menghisab rokok', 'dilarang membuang sampah merata-rata', dan juga 'dilarang meludah', akan tetapi masih banyak dikalangan pengguna dan juga pekerja di situ yang tidak mempedulikan peraturan yang telah ditetapkan dan hanya berlagak seperti biasa tanpa ada rasa bersalah dalam diri masing-masing. siapa yang harus dipersalahkan yer??masing-masing fikir lar ye..hehe berbalik kepada cerita tentang stesen bas tadi, kawasan tersebut juga terdedah dengan gejala ragut kerana kurangnya pengawasan dari pihak berkuasa..sikap pemandunya pula sering kali dilihat tidakbertimbang rasa..kadang-kadang cara pemanduannya yang berbahaya akan mengundang kemalangan dikalangan pengguna jalan raya yang lain..keadaan ini harus dihentikan segera.


Selain itu, mungkin jika dilakukan pembaharuan terhadap stesen bas ini, keadaan mungin akan dapt meberi keselesaan kepada pengguna....kan..kan..?

Sunday, March 22, 2009

Buses to remain in Penang

By: Audrey Dermawan

No question of new vehicles to be sent to Rapid KL.

GEORGE TOWN: The 200 new Rapid Penang buses, expected to arrive in stages, will not be sent to Kuala Lumpur after all.Rapid Penang chief executive officer Azhar Ahmad said yesterday the company had no intention of sending the additional buses to Kuala Lumpur as reported in the media recently. The buses are expected to arrive from May.He said that what he had meant, when asked by reporters then, was that the new buses could be loaned to Rapid KL first while the company waited for the state to offer it land for a depot.

"The question of returning the buses to Rapid KL never occurred. It is also not our intention to threaten the state government."What we want is for the state government to expedite our requests to help us provide the state with an efficient and effective bus service," he told reporters at the Rapid Penang bus depot in Sungai Nibong, near here.On March 6, Azhar was reported to have said that if the state government failed to provide the company with new depots, then Rapid Penang would have no choice but to hand the new buses over to Rapid KL.He had said that the five depots Rapid Penang had now, including one on the mainland, could not hold the additional buses.The five depots are at Lorong Kulit, Tanjung Bunga, Sungai Nibong and Balik Pulau on the island and in Butterworth.
However, state Local Government and Traffic Management Committee chairman Chow Kon Yeow had said that the five depots were more than sufficient to house the additional buses.On Sunday, Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop said he would discuss the matter with Chief Minister Lim Guan Eng.Chow, when met yesterday, said the state executive council would discuss the matter when it meets tomorrow. He said the government had identified several sites in Sungai Nibong and Pengkalan Weld (on the island) and Kepala Batas and Bukit Mertajam (on the mainland) for the purpose."We are looking into the company's other requests, including paying a nominal sum as rental and longer tenancy tenure," he added.

(This article taken from: News Straits Times, March 20, 2009)
So, friends, what u thinks about this view?? Is the government need to provide new depot for Rapid Penang in island and mainland? Your comments and opinions are welcome.

Let’s voice up for our rights! Voice of majority needed to better improvement and changes in public bus services.


Wednesday, March 18, 2009

ALahAi PenJaGa KaunTer TikeT...

Nak dijadikan kisah lar di Terminal Sungai Nibong..
ader lar satu kaunter ni..saya dah seorang kawan saya telah pegi ker salah satu kaunter tiket bas ni sbb nak cari tiket pegi JB.. kawan saya ni nak cari lar tiket bas yang paling awal sekali pada hari esok nyer..kami pun cari dan terus mencari, dan jumpa lar kat sebuah kaunter ni..kami tanya lar.. "kak, tiket pergi JB awal pagi esok ader tak..?kalau leh kami nak tiket yang terus jer ker JB, tak singgah mana-mana sbb nak kejar masa.." lepas tu kakak ni dok promote lar tiket bas dia yang kononnya mmg direct dan tak singgah mana-mana dengan cara cakap yang tak pandang langsung muka kami ni..kawan saya pun ambik lar sbb kitorang sangka dalam jam 8 dah boleh smpai..dah la penjaga kaunter tu cakap acuh tak acuh jer..mmg kurang ajar lar..yelar, kita dah lar nak beli tiket dia, sekurang-kurangnya layan lar dengan beradab..saya ni pantang betul kalau dah nama orang Malaysia tapi tak jaga adab...nasib baik lar kawan saya tu suruh sabar...kalau tak dah kena sembur dah kakak tu...

keesokkan hari nya..kawan saya pun balik lar JB..dia cakap bas ni berhenti sana, berhenti sini..memang penipu lar kakak kaunter bas tu..memang sekadar cakap jer..sengaja menipu untuk melariskan jualan tiket dia..disebabkan bas tadi yang berhenti merata tempat, kawan saya ni sampai pukul 9 malam dan dia sepatutnya balik ke tempat lapor diri sebelum pukul 10..apa lagi kawan saya ni terpaksa didenda kerana tak sempat balik sebelum pukul 10..geram betul..kalo tahu lambat macam tu, baik naik kapal terbang..cepat dan baloi...betul tak..??

sepatutnya kakak kaunter bas tu tak boleh lar cakap ikut sedap dia jer tanpa tanya sendiri dengan pemandu bas..sikap mereka ini menyusahkan orang lain jer..kalau ya pun nak lariskan tiket biar lar info yang diberi tu tepat..perkhidmatan sesebuah pengangkutan bukan bergantung kepada pemandu semata-mata tapi semua pihak yang terlibat..termasuklah penjaga tiket ni..betul tak..?

Monday, March 16, 2009

Cerita Tentang Vandalisme Dalam Bas Awam & Kerendahan Moral

Menconteng dan mengutuk di kerusi bas awam kalau tak puas hati..

Pernahkah anda terlihat perkataan-perkataan yang menjengkelkan di kerusi-kerusi bas awam sekiranya anda menaiki bas??Pasti majoriti daripada anda akan berkata "YA"...
Seperti yang kita sedia maklum, hal ini sudah lama berlaku..Sejak dulu lagi..Dan kebanyakan pelaku-pelakunya adalah dalam kalangan remaja-remaja kita sendiri yang semestinya memiliki nilai moral dan mentaliti yang rendah..Kadang-kadang memang boleh berfikir tetapi sengaja tidak menngunakannya dengan betul dan dipapar pula dalam keadaan yang tidak betul..
Sekiranya seseorang itu tidak berpuas hati dengan individu yang lain, maka mereka akan menggunakan segala bahan yang ada di tangan dan di dalam beg mereka untuk menulis dan menconteng di sekitar kerusi-kerusi bas tersebut..Mungkin itu boleh mengurangkan strees mereka..Kadang-kadang mereka sekadar suka-suka tapi malangnya orang tak suka..Sebabnya menyakitkan mata yang memandang terutamanya jika perkataan-perkataan yang terpapar itu berunsur lucah dan mengutuk kaum keluarga individu yang terlibat..Kadang-kadang kalau bukan untuk ditujukan kepada diri kita pun, ada juga yang terasa dan meluat + menyampah..
Tapi sekarang ni aktiviti macam ni dah ada pengurangan sikit kalau berbanding dalam tahun 1990-an dulu..Mungkin sekarang ni teknologi semakin berkembang dan medan untuk mengeluarkan pendapat pun semakin menyerlah..Jadi remaja lebih cenderung pula untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka di sana..Walau bagaimanapun, tidak bermakna hal seperti ini masih tidak berlaku cuma ia semakin berkurang.
Kerusi-kerusi bas pun kebanyakannya telah di cat baru dan syarikat-syarikat bas pun kelihatannya semakin giat untuk "melenyapkan budaya ini dalam bas mereka" dalam usaha mengecat kerusi-kerusi yang telah dicemari dengan perkataan-perkataaan yang tidak sepatutnya ditulis itu..

Sunday, March 15, 2009

Rapid Penang Mencegah Jenayah Bersama Polis


Pelancaran Bas Rakan Cop Penang




Hotline PDRM....penting...!!!!!
sekiranya terdapat kegiatan jenayah yang berlaku di tempat anda
hubungilah talian ini...







Bersama membanteras jenayah....


Dalam membanteras jenayah yang semakin menjadi-jadi, Rapid telah mengambil langkah yang positif untuk membantu pihak Polis dalam memastikan keamanan negara agar sentiasa terpelihara...

Melihat kepada keadaan dunia sekarang ni, semakin banyak dengan kegiatan jenayah...tak kisah la dari jenayah yang kecil sehingga kepada jenayah yang sebesar-besarnya, penjenayah memang tak kan pernah serik walaupun dah banyak kali kena tangkap... Terlintas jugak tentang masalah ni...bilakah agaknya Malaysia akan bebas dari kegiatan jenayah yang semakin bermaharajalela di setiap ceruk kawasan???Tak kiralah... kawasan luar bandar ke, apatah lagi kawasan bandar...
Usaha yang diambil oleh pihak Rapid bagaimanapun dilihat sebagai suatu langkah yang murni dalam membantu pihak Polis mencegah jenayah melalui pelancaran bus Rakan Cop yang menggambarkan kerjasama masyarakat membantu pihak Polis dalam mencegah jenayah. Sempena dengan Hari Mesra Polis Bersama Rakyat yang berlangsung di Seberang Prai, turut dilancarkan juga pendaftaran sebagai ahli Rakan Cop. Dengan adanya bus Rakan Cop ni, diharapkan jenayah yang sedia ada dapat dikurangkan.
Jenayah sentiasa ada di mana-mana...tak kira usia, bangsa, latar belakang dan sebagainya. Dan tak mustahil dalam bus pun boleh terjadinya jenayah ni. Misalnya...pencuri, penyeluk saku ke, peragut beg ke, samseng dalam bus ke...sekiranya kejadian-kejadian seumpama ini berlaku di dalam bus...manfaatkanlah perkhidmatan yang telah diberikan. Terlanjur bercakap tentang kejadian curi, gaduh macam-macam lagi la kan...masyarakat kita kadang-kala lebih suka melihat daripada membantu serta menolong. Kejadian ni baru lagi berlaku, dalam bus...ketika perjalanan pulang ke USM...sewaktu sampai ke destinasi perhentian di salah satu tempat, tercetusnya pergaduhan antara beberapa remaja sekolah dengan tidak semena-mena....semua penumpang dalam bus hanya terkedu mungkin tak sangka perkara macam ni boleh berlaku. Asalnya cuma berselisih bahu sahaja...tapi mujurlah sempat ditenangkan oleh kawan-kawan yang disebelah pihak ni.... Dalam hal ni, semua pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam membanteras jenayah. Kita sebagai orang awam ni...dianggap juga sebagai mata dan telinga Polis. Oleh itu, bagi memastikan keamanan dan keselamatan sentiasa terpelihara...marilah kita bersama-sama berganding bahu dengan pihak polis.
*Rakyat Sejahtera Negara Aman Makmur....

































ISSUES AT TERMINAL

Bus terminal is an essential component of urban transport facilities which defines the beginning (origin) or end (terminating) of the line for the transportation system. Terminal also facilitate or act as an interchange before, during or after the road haul movement including servicing facilities for vehicle. It normally requires a sizeable land in a strategic part of an urban area. The sites for bus terminal are commonly located in the city centre, outside the city centre or at the fringe of the city centre. Wherever the sites may be located, the terminal should serve or provide its basic function, which rendered safety and convenient to the traveling public while waiting, alighting or boarding the bus. A well planned and managed bus terminal will act as catalyst to the social and economic development of the surrounding areas. Moving the terminal to the fringe of the central business district but easily accessible may help in reducing the current problems of traffic congestion and other related road traffic problems in city centre. As such this paper would deliberate on the concept of a far side terminating bus terminal model as an alternative to the present approach in Kuala Lumpur city.

ISSUES AT TERMINAL

Most bus terminals in the country may be considered as ‘central terminating’, and have common problems such as accessibility and circulation of the buses. Space wise bus terminal
normally require bigger/larger space for buses in-waiting, thus this is another problem faced by operators where such facilities seldom can be accommodated by the municipal or local authorities. Limitation in space for bus terminal in city centre may affects on the quality of other services rendered to the customers or bus users. Problems related to bus terminal may be summarized and listed among others as follows;

a. Operators

i) High rate of renting
This is due to the existing terminal in the city centre and at central business district area will make the land owner or an authorities impose high rate of renting for the operators.
ii)Unauthorized sell of tickets
Most of the problem related to bus campus terminal was there are certain an unauthorized sell
of tickets which normally appear during festive season because increasing number of
passengers during this time, therefore due to demand for bus tickets during this festive season
is always higher it will creates a fraud seller of tickets which operates illegally.
iii)Vehicle circulation and parking problems
There are too many buses and vehicles enter the bus terminal and the bus terminal only
provide a small space and will creates a parking problems for the vehicles which park their
vehicle at the bus terminal to pick or drop passengers.
iv)Lack of facilities for staff
This is refers to facilities which must be provided by the operators for their staff, such as
office and control room, storage of personal belongings, rest room, toilets and so on.

b. Users/ Customers

i)Waiting area
In Terms of waiting area, mostly it is not strategic because the plan at bus terminal are not
properly well managed and not suitable for the users and customers.
ii)Safety while waiting, alighting and boarding buses
Safety aspect one of the main problem at bus terminal especially for women and infant
especially from the crime which usually happened such as theft and so on.
iii)Information on trips and services well not managed
Basically, bus terminal should provide and serve a good signage, brochure and good customer service in sufficient way but the problem at bus terminal Klang Valley was the information on trips and service are not well managed.
iv)Public facility such as toilets, telephone are in adequate or not maintained
As mentioned earlier under staffs facilities, basically public facilities are inadequate to serve
for users.


c. Authorities

i)Traffic congestion and pollution
The worst problem at the bus terminal Klang Valley was the problem of traffic congestion and pollution which make the surrounding are become poor. In order word, traffic congestion
created due to the high number of vehicles enter the bus terminal and the number of parking
spaces are quite limited.
ii)Cleanliness of the surrounding
The surrounding are at bus terminal is badly managed.



PLANNING AND DEVELOPMENT OF TERMINAL
Development of terminal normally will follow suit with the development of the surrounding area, such as construction of administrative and/or commercial buildings, other related projects which are needed to coordinates transportation network system of the region. Thus, the surrounding areas of the terminal will be a focus activities area which create and generates jobs opportunities. As terminal may require large space area, consideration of reserved land should be considered for future expansion during the planning stage. Hence, site location outside city centre is an ideal choice as price of land is relatively low.

The social-economy impact of new far side terminating terminal to the surrounding areas, as can be expected are job opportunities directly or indirectly at the terminal complex. At the same time a well-planned and sited location will make mobility efficient and accessibility to all other destination easy and convenient. The physical planning and development of far side terminating terminal should consider the following guidelines;

a. Terminal size and space for operators:

Preferably terminal should be constructed as a complex complete with facilities such as bus bays for alighting and boarding of passengers safely. Sufficient space for buses parking and strategic circulation route in and out of the terminal. Although terminal is located at the fringe of the city centre, its location should be ‘close’ to the expressway and easily accessible facilities for staffs should be provided adequately, such as rest room, store for storage of personal belongings, office and control room, paying-in room, preying room (surau), toilets etc.

b. Facilities for passengers convenient

With complex type of terminal, passengers are well sheltered and housed. Convenient waiting room and other supporting facilities such as public telephones, storage of luggage, toilets, surau, stalls and handicap facilities. Computerized information system and a good public announcement system on bus schedule. Counter for sale of tickets should be well position/placed and enquiry and complaints counter should be made available for those who need help.

c. Engineering aspects

As from the engineering aspects of the layout and design of intercity bus terminals vary a great deal in size and complexity depending on the number of passengers to be accommodated and whether the facilities are to serve one or more carriers. Generally, a typical layout of bus terminal would features common waiting area, restaurant and toilets, but has separate ticketing, passenger loading and baggage handling areas. However, the deliberation on the engineering aspects would focus among others are the ingress and egress routes, guide ways, parking and berth provision. As to avoid traffic congestion and reduce movement conflicts between buses and other modes into the terminal areas, it is preferably that the ingress and egress be located away from street intersection. Dedicated single entrance and exit with multiple lanes for ingress and egress bus routes to the parking bays be provided solely for the use of buses. This approach would ensure efficient movement of buses and better safety, as other modes of transport such as personal vehicle and taxis for loading and pick-up are located at designated areas within the terminal compound. Guide way for buses and passengers should be designed accordingly to standard and provided adequately to serve its main purpose for safety.

Angle parking is commonly provided for buses and a typical designed of 45° parking and berth size for a 40ft x 8.5ft. The spatial requirements would depend primarily on the size, physical features and operating characteristics of the bus and the angle of parking. A protective canopy overhang should be provided and should at least extend beyond the loading
door of parked buses to protect passengers when its rain.

Other facilities that need to be incorporated are suitable provision for package express handling, temporary storage, pickup and drop-off. Facilities for the physically handicapped such as reserved parking spaces for this category of users, entrances usable by persons in wheelchairs, ramps with handrails at least on one side need to be provided.

Tuesday, March 10, 2009

Message from Rapid Penang CEO's to customers and society..

Temporary Rapid Penang Bus Terminal in Butterworth



As a legend for society


Rapid Penang Mini Bus

Take and drop passengers in Queensbay Mall


Comfortable and quick


Hi, everyone..As well as you know, Rapid Penang is a new one public bus transportation in Penang..During we make internet research in Rapid Penang web, we found this message from their CEO's..Rapid Penang is a new identity for Penang..That's why in this blog we more focus for Rapid Penang activities..


Assalamualaikum and Salam Sejahtera.

The Preferred Public Transportation. That is what Rapid Penang Sdn. Bhd. (Rapid Penang) is all about; to provide the public with the best public transportation service there is.

Since launched by Prime Minister YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi on 31st July 2007, Rapid Penang has been consistently putting the needs and wants of passengers at heart. Mindful of this, the company practices the ‘transparency’ policy where all feedback received is given the same importance.

These comments and criticisms are what forms the basis for continued improvement to ensure a quality service is offered.

Rapid Penang underscores its commitment to being the preferred public transportation by instilling a high sense of values among its staff. They are always reminded that services offered are underpinned by the three principles of ‘Bersih’ (Cleanliness), ‘Bertoleransi’ (Understanding) and ‘Bersopan-santun’ (Courteous).

Furthermore, the company is moving onwards by ensuring staff strive to achieve the 10 Golden Rules for Working Together which is to always be on time; have clear objectives; listen to everyone’s views; be open-minded; use facts, never assume; seek collaboration, not conflict; find solutions, not conflict; never be unpleasant; put the company’s interest first; celebrate success and have fun.

Rapid Penang wants to be a company which the society wants and thus places great importance on corporate social responsibility programs. Such programs are one of the ways Rapid Penang gives back to the society which has contributed to its success. Our aim is to be a company which contributes to the society whether in bus services or social services.

On the whole, Rapid Penang is committed to ensuring that the public enjoys a better standard of life by providing a reliable public transportation service.The company is committed to developing a public transportation service that is safe and reliable in order to fulfill its role as a responsible and caring corporate citizen.

On behalf of Rapid Penang, I invite all of you to join us in our exciting journey towards a safe and reliable public transportation service for the benefit of all.Wabilahitaufiqwalhidayah Assalamualaikum S.W.T.

Thank you.

Azhar Ahmad
Chief Executive Officer
Rapid Penang Sdn. Bhd.

Sunday, March 8, 2009

CEO Rapid Penang dan Pengurusan Kanan Sedia Ganti Pemandu Mogok..

Keratan akhbar Berita Harian 25 Januari 2009 yang lalu

Ramai penumpang lebih selesa untuk menaiki Rapid Penang sejak perkhidmatannya bermula 31 Julai 2007 yang lalu




Hari ini pula kami nak ulas artikel Berita Harian bertarikh 25 Januari 2009 yang lalu..Ia mengenai usaha CEO Rapid Penang dan sembilan lagi pengurusan kanan syarikat tersebut yang telah menerima lesen Kelas E dan Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam yang melayakkan mereka memandu bas.


Pemilikan lesen memandu itu adalah sebahagian daripada inisiatif dalam Pelan Pemulihan Bencana syarikat itu. Sekiranya berlaku masalah seperti pemandu mogok, mereka dari bahagian peringkat pengurusan itu akan ambil alih tugas pemandu tersebut. CEO Rapid Penang, Azhar Ahmad dan pegawai-pegawainya mengikuti semua kelas teori dan amali sebelum menduduki ujian memandu.


Menurut beliau lagi, selepas ini eksekutif Rapid Penang juga akan diwajibkan mengambil lesen memandu Kelas E dan PSV untuk melayakkan mereka memandu bas. Hal ini sebagai langkah persediaan sekiranya keadaan memerlukan mereka untuk berbuat demikian. Selain itu, ia juga dapat melatih pegawai peringkat pengurusan dan eksekutif lebih memahami kerjaya pemandu, sekali gus mewujudkan suasana kerja dan hubungan yang mesra dengan pemandu bas..


Pada pandangan kami, ia suatu usaha yang murni dan wajar dicontohi oleh peringkat pengurusan tertinggi bas awam-bas awam di Malaysia ini. Sekiranya pemandu bas mogok, sudah tentu yang menjadi mangsanya penumpang-penumpang bas awam yang setia menggunakan kemudahan ini pada setiap hari. Mereka sudah tentu sukar untuk bergerak kerana ketiadaan bas lebih-lebih lagi kepada mereka yang pergi bekerja dengan menggunakan perkhidmatan bas awam ini..












Saturday, March 7, 2009

PEMANDU BAS BIRU YANG HARU-BIRU!!

Kalau memang tengah duduk berehat..perlu ke nak hon-hon orang yang berjalan kaki depan bas tu??Komen sikit..

Bagi kami, pemandu bas macam ni kena ada orang yang berani sound depan-depan..Baru tau langit ni tinggi ke rendah..

Hai, kawan-kawan..Hari ni kami nak kongsi pengalaman kami masa nak buat tinjauan di Terminal bas di Butterworth..Mood kami memang berkobar-kobar untuk cari bahan terbaru untuk post cerita terkini tentang bas di blog ni..Jadi, kami pun buat plan untuk turun ke Butterworth ni pada hari Jumaat..Biasalah,sesak tu normallah kan..Al-maklumlah, pelajar-pelajar pun tengah ramai nak balik kampung masing-masing..Tu tak kisahlah kan..
Nak dijadikan cerita, lepas je turun dari feri kami pun bergerak ke kaunter tiket bas..Bukan nak beli tiket tapi nak tengok keadaan dekat situ..Mana tau muncul ilham nak dibicarakan di blog ini..Hmm, belum pun sempat sampai ke tempat di tuju tu, masa salah seorang member kami lalu depan bas ekspres biru (seperti dalam gambar di atas)tu, pemandunya pun apalagi pergi hon member kami ni.Punyalah kuat..Tak tau nak explain macam mana..Nasib lah member kami ni jenis tak melatah dan susah nak terkejut juga..Dia buat tak tau jer dan jalan selamba..Nanti kalau toleh, lagi ramai orang pandang..Kami pandang sekeliling, nak tau juga member kami ni ada buat salah ke sampai pemandu bas biru yang bertauliah tu hon sampai macam tu sekali..Bila kami perhatikan, pemandunya sedang berehat dan bas tu tengah park di tempatnya..Tak ada tanda-tanda ia nak bergerak pun.Penumpang pun tiada di dalamnya..Sah lah pemandu tu sengaja je nak mengusik..Bila kami toleh dan pandang pemandu tu pula, huhhh..siap sengih-sengih lagi konduktor tiket di sebelah pemandu tu..Memang tak beradab langsung..
Kami pun apalagi terus terfikirkan isu ni lalu dengan semangatnya keluarkan kamera dan ambil gambar bas biru tu..Pendek kata, belum sempat duduk dan buat pemerhatian, isu pun dah timbul..Member kami tadi terus ke lokasinya..Bengang sudah semestinya..
Sungguh indah Pulau Mutiara,
Jadi tumpuan pelbagai negara,
Nak mengusik biar berpada-pada,
Kalau jadi sumpah seranah orang, sia-sia jer laa...

Wednesday, March 4, 2009

Let's Release Your Tension With Buses Cartoon Cit-Cat..

Hello, everyone..Are you feel so bored with heavy topic??Ok, let's refresh your brain with these buses cartoon cit-cat..Your brain need rest..












































































Tuesday, March 3, 2009

RAPID KL DAN PEMBAZIRAN..Satu pandangan dari kaca mata Tun Dr.Mahathir Mohamad

Penceroboh boleh ditembak

Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi

Bas-bas Rapid KL yang tersadai
Di atas ialah gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)

Dalam bulan Jun 2008 yang lalu, Yang Berhormat Dato' Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna. Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL. Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini. Kenapa?


Menurut Tun, apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk? Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Beliau juga ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. "...Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL..." Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Bagi kami pula, kami sependapat dengan Tun kerana jika terlalu banyak sangat bas rapid KL dikeluarkan, dan bas-bas ini kerap kosong, ia nyata memang satu pembaziran kerana pengeluaran kos yang tinggi. Anda pula bagaimana??




Public Bus in Japan..Let's see using of fully technology..


Hi, everyone..How are you for today..Hope you all are fine and don't give up to improve your knowledge in everyday, allright..OK for today we want to talk about Public Bus in Japan..Why we choose this topic??Oh, because about their history in this country..But for their technology aspect, why not Malaysia follow and make an example..

In Tokyo, Osaka and some other large cities, buses serve as a secondary means of public transportation, complementing the train and subway networks. In cities with less dense train networks like Kyoto, buses are the main means of public transportation. Buses also serve smaller towns, the countryside and national parks. Major cities are, furthermore, linked by highway and long distance buses.

How to use a bus
Using buses in Japan can be intimidating to foreign tourists because there are usually few English displays or announcements, and there are different systems of ticketing depending on the company. Below is a description of the most common system, followed by notes about exceptions:


1) Enter the bus through the back door (or front door if there is only one door).
2) When entering, pick up a ticket from a small machine. A number is printed on the ticket, which you will later use to determine your fare.
3) A display above the driver shows the next stop and the fares for that stop in
yen. To determine your fare, match the number on your ticket with the number and fare on the display.
4) When your stop is approaching, press one of the buttons on the wall to signal the driver that you wish to get off at the next stop.
5) If you do not have the exact fare, use the changing machine to get small coins.
6) When getting off, put your ticket and the exact fare into the box next to the driver.

In many cities or city centers, for example in central Kyoto, a flat fare applies, i.e. you always pay the same price regardless of how far you travel. This means that you do not have to worry about steps 2 and 3 in the above description.
Of course, there are a few exceptions to the above outlined system. The most prominent exception are the Tokyo Metropolitan Buses, where you are supposed to enter through the front door, pay a flat fare when entering, and exit through the rear door.





















Monday, March 2, 2009

Dari Kota London ke Kota Melaka..alkisahnya...

Masa melawat Melaka tahun lepas..

London Double Decker Bus Services..







Bus Double decker ini sebagai tarikan pelancong berkunjung ke Kota Melaka..



ILHAM KERAJAAN MELAKA




The legation from London city..



RM 5 per ride..Ok lah tu..



Arahan untuk penumpang..Demi keselamatan..




Bus Directory at Stadhyus..

Open-Roof-Double Decker Bus in Malacca..That's fantastic ideas..





Keadaan dalam doule decker bus..Segalanya merah..


Let's round Malacca with double decker bus..




Cuci mata lihat panorama indah Kota Melaka dengan double decker bus..




Alkisahnya...


Rasa teruja tak nak berkunjung ke Melaka bila lihat bas Double Decker ni?? Bas Double Decker berwarna merah seperti yang kita sedia maklum ni sememangnya popular di Kota London dan bandar-bandar besar di Eropah yang lain..Sekarang, ia berada di Kota Melaka pula sebagai platform untuk menarik para pelancong untuk berkunjung ke kota penuh dengan sejarah ini. Bagi kami, ia suatu langkah yang baik dan penuh dengan idea yang lateral..Tak mahal pun tambang bas ni..RM 5 jer sekali jalan..Tapi puas hatilah sebab dapat lihat keindahan Kota Melaka ni dengan bas double decker..



Kalau hari minggu tu memang ramai pelancong asing kita nampak..Kalau dari Singapura lagi ramai..Masyurnya Kota Melaka ni kan..Kalau naik bas ni waktu malam pun lagi seronok..Makin terserlah keindahan Melaka dengan lampu-lampunya yang gemilang..Terasa macam dekat Sdyney pun ada jugak..Chewahh..



Dekat Melaka ni kalau nak jalan pada waktu malam rasa selamat gak sebab banyak polis meronda dan penguatkuasa yang kawal Sungai Melaka tu..Mat Rempit pun susah nak lihat kalau kat Melaka ni..Balai Polis pelancong betul-betul depan Bangunan Stadhyus tu jer..



Orang Melaka pun ramah-ramah belaka..Tak sombonglah dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami...Apelagi, jom kita ke Kota Melaka..Jangan lupa naik bas double decker ni tau..Sure terasa kekurangan kalau pergi Melaka tapi tak naik bas ni..Sekali-sekala apa salahnya kan..
















Dua, tiga dan empat kucing berlari,



Berlari-lari terpandang Ali,



Keindahan Melaka hai tidak terperi,



Jom lah pergi,apalagi??