Saturday, March 28, 2009

ALTERNATIF PELANCONGAN DARI RAPID PENANG


BAS PERCUMA ATAUPUN "FREE SHUTTLE"







CENTRAL AREA TRANSIT














Bas pelancongan oleh Rapid Penang










Naik jer, tak payah bayar pun..





Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam memperkenalkan kebudayaan negara kita kepada pelancong-pelancong asing yang ingin mengetahui keistimewaan yang terdapat di Malaysia. Pelbagai langkah yang telah diambil oleh kementerian Kesenian Kebudayaan dan Warisan Malaysia dalam mengetengahkan keunikan negara Malaysia seperti melalui makanan, tarian, adat istiadat melayu, dan lain-lain lagi. Antara program yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah seperti pertunjukan Citrawarna, Tahun Melawat Malaysia, sambutan perayaan secara besar-besaran peringkat negeri dan kebangsaan, mempromosikan keunikan sejarah setiap negeri hasil peninggalan penjajah yang terdahulu dan sebagainya. Terlanjur bercakap tentang peninggalan sejarah oleh bekas penjajah yang dahulunya pernah menjajah negara kita...jika diimbas kembali cerita ini penuh dengan perjuangan tokoh-tokoh pemimpin negara kita yang berjiwa kental dan bersemangat waja. Justeru dalam usaha memperkenalkan negeri yang pernah diisytiharkan sebagai tapak warisan tinggalan sejarah oleh kementerian kebudayaan kesenian dan warisan ini...syarikat bas rapid telah mengambil inisiatif serta langkah yang tepat bagi memperkenalkan keistimewaan serta keunikan negeri yang dikenali juga sebagai negeri Pulau Mutiara. Syarikat Rapid telah mempromosikan kecantikan keunikan dan keistimewaan negeri Pulau Pinang dengan memperkenalkan perkhidmatan bas Rapid secara percuma yang akan membawa para pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara untuk melihat selain bersiar-siar keindahan dan kecantikan Pulau Mutiara ini. Mungkin ada di antara anda yang akan tertanya-tanya..."eh, betul ke bus ni percuma"... Sememangnya jawapan yang akan anda terima ialah..."YA".


Memang benar syarikat bas Rapid telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat tempat-tempat menarik yang terdapat di Penang ini. Bermula di perhentian utama bas Rapid iaitu di jeti...bus tersebut kemudian akan menunggu penumpang yang akan ke tempat-tempat tertentu. Untuk makluman anda semua...perkhidmatan ini mula diperkenalkan pada 23 Januari 2009 dengan disediakan sebanyak 3 buah basserta perkhidmatan yang disediakan adalah hanya untuk tempat-tempat tertentu sahaja yakni tempat-tempat sejarah. Antara laluan yang dilalui oleh bas pelancong ini adalah seperti Komtar, Pasar Chowrasta, IPK Penang, Padang Kota dan kembali semula ke jeti. Tiada halangan untuk anda melawat tempat-tempat menarik meskipun tiada pengangkutan persendirian. Seandainya pelancong dari luar negara teruja dengan sejarah warisan negara kita...mengapa tidak kita sebagai rakyat yang bermastautin di negara kita sendiri menghargai serta menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam memperkenalkan negara kita sendiri... Oleh itu, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah...
HARGAILAH WARISAN KESENIAN BUDAYA KITA

No comments:

Post a Comment