Saturday, March 28, 2009

KECELARUAN vs KETERSUSUNAN INFRASTURKTUR..

Stesen bus yang ada kaunter pertanyaan..
Infrastuktur teratur dan kalau tak tau boleh tanya pekerja yang sedang bertugas

Kalau tak tau nak naik bas yang mana satu,boleh tengok petunjuk..Kan senang kalau setiap perhentian ada macam ni..Tak lah kalut semacam..





Bersimpang-siur..HUUUhh PENINGNYA..
Di sekitar terminal bus Komtar..

Kedudukan bas tak teratur menyebabkan bas lain kekurangan tempat untuk parkir bas mereka

Kena senyum walau hakikatnya bengang...

Siasatan sedang dijalankan..


Keadaan di terminal ini masih boleh diperbaiki..

Hari yang sejuk ni pula, kami nak cit-cat tentang kecelaruan dan ketersusunan infrasturtur di terminal dan perhentian bas yang terdapat di Penang ni..Kenapa?? Sebab perkara ini adalah sesuatu yang penting memandangkan Pulau Pinang ni kan salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia ni..Lebih-lebih lagi setelah diikhtiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.. Justeru, untuk kemudahan semua pelancong yang datang bertandang, infrastruktur di setiap terminal dan perhentian juga mestilah baik dan selesa..Memanglah bercakap itu mudah tapi sekurang-kurangnya kita list dulu setiap kelemahan tu kan..

Kalau dekat Butterworth tu, apa yang kami perhatikan, keadaan terminal bas nya memang agak bercelaru..Sebabnya, pemandu-pemandu bas ada yang tak parkir bas mereka betul-betul..Jadi, bila pemandu bas lain nak masuk, dah jadi satu masalah..tak de tempat parkir..Masing-masing nak fikir kesenangan masing-masing..Lepas tu, perkara wajib yang berlaku ialah MEMBUNYIKAN HON DENGAN SEKUAT-KUATNYA..Buat malu jer dekat pelancong-pelancong asing tu..Lagi satu, kedudukan bas awam dan bas ekspres yang berterabur tu menyebabkan orang awam agak sukar untuk mencari di mana lokasi bas yang ingin mereka naiki itu..Boleh mendatangkan kemarahan tu..

Lain pula dekat sekitar jeti, keadaannya lebih teratur dan memudahkan pergerakan orang ramai..Sebabnya, sign board cukup, ada kaunter pertanyaan sekiranya tak faham dengan laluan bas, ada petunjuk perjalanan bas yang lengkap dan tempat menunggu yang selesa.. Sekurang-kurangnya ia dapat memudahkan pergerakan para pelancong asing yang datang ke sini..Kalau boleh kita mestilah nak elakkan pandangan-pandangan negatif daripada mereka tentang Pulau Pinang ini..

Di sekitar perhentian bas di Komtar pun, infrastrukturnya walaupun dipenuhi dengan pelbagai bas yang keluar masuk tetapi ia agak selesa dan tidak berserabut..Hal ini kerana, setiap syarikat bas ada pekerjanya yang bertugas bagi membantu setiap pengguna-pengguna bas awam. Tempat menunggu serta sign board juga cukup untuk kegunaan dan panduan pengguna..Cuma kalau hari minggu dan hari cuti itu biasalah..kesesakan tidak dapat dielakkan..

Jadi, pendapat korang pula tentang infrastruktur perhentian dan terminal bas di Penang pula ni bagaimana???































No comments:

Post a Comment