Monday, March 16, 2009

Cerita Tentang Vandalisme Dalam Bas Awam & Kerendahan Moral

Menconteng dan mengutuk di kerusi bas awam kalau tak puas hati..

Pernahkah anda terlihat perkataan-perkataan yang menjengkelkan di kerusi-kerusi bas awam sekiranya anda menaiki bas??Pasti majoriti daripada anda akan berkata "YA"...
Seperti yang kita sedia maklum, hal ini sudah lama berlaku..Sejak dulu lagi..Dan kebanyakan pelaku-pelakunya adalah dalam kalangan remaja-remaja kita sendiri yang semestinya memiliki nilai moral dan mentaliti yang rendah..Kadang-kadang memang boleh berfikir tetapi sengaja tidak menngunakannya dengan betul dan dipapar pula dalam keadaan yang tidak betul..
Sekiranya seseorang itu tidak berpuas hati dengan individu yang lain, maka mereka akan menggunakan segala bahan yang ada di tangan dan di dalam beg mereka untuk menulis dan menconteng di sekitar kerusi-kerusi bas tersebut..Mungkin itu boleh mengurangkan strees mereka..Kadang-kadang mereka sekadar suka-suka tapi malangnya orang tak suka..Sebabnya menyakitkan mata yang memandang terutamanya jika perkataan-perkataan yang terpapar itu berunsur lucah dan mengutuk kaum keluarga individu yang terlibat..Kadang-kadang kalau bukan untuk ditujukan kepada diri kita pun, ada juga yang terasa dan meluat + menyampah..
Tapi sekarang ni aktiviti macam ni dah ada pengurangan sikit kalau berbanding dalam tahun 1990-an dulu..Mungkin sekarang ni teknologi semakin berkembang dan medan untuk mengeluarkan pendapat pun semakin menyerlah..Jadi remaja lebih cenderung pula untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka di sana..Walau bagaimanapun, tidak bermakna hal seperti ini masih tidak berlaku cuma ia semakin berkurang.
Kerusi-kerusi bas pun kebanyakannya telah di cat baru dan syarikat-syarikat bas pun kelihatannya semakin giat untuk "melenyapkan budaya ini dalam bas mereka" dalam usaha mengecat kerusi-kerusi yang telah dicemari dengan perkataan-perkataaan yang tidak sepatutnya ditulis itu..

No comments:

Post a Comment