Saturday, March 7, 2009

PEMANDU BAS BIRU YANG HARU-BIRU!!

Kalau memang tengah duduk berehat..perlu ke nak hon-hon orang yang berjalan kaki depan bas tu??Komen sikit..

Bagi kami, pemandu bas macam ni kena ada orang yang berani sound depan-depan..Baru tau langit ni tinggi ke rendah..

Hai, kawan-kawan..Hari ni kami nak kongsi pengalaman kami masa nak buat tinjauan di Terminal bas di Butterworth..Mood kami memang berkobar-kobar untuk cari bahan terbaru untuk post cerita terkini tentang bas di blog ni..Jadi, kami pun buat plan untuk turun ke Butterworth ni pada hari Jumaat..Biasalah,sesak tu normallah kan..Al-maklumlah, pelajar-pelajar pun tengah ramai nak balik kampung masing-masing..Tu tak kisahlah kan..
Nak dijadikan cerita, lepas je turun dari feri kami pun bergerak ke kaunter tiket bas..Bukan nak beli tiket tapi nak tengok keadaan dekat situ..Mana tau muncul ilham nak dibicarakan di blog ini..Hmm, belum pun sempat sampai ke tempat di tuju tu, masa salah seorang member kami lalu depan bas ekspres biru (seperti dalam gambar di atas)tu, pemandunya pun apalagi pergi hon member kami ni.Punyalah kuat..Tak tau nak explain macam mana..Nasib lah member kami ni jenis tak melatah dan susah nak terkejut juga..Dia buat tak tau jer dan jalan selamba..Nanti kalau toleh, lagi ramai orang pandang..Kami pandang sekeliling, nak tau juga member kami ni ada buat salah ke sampai pemandu bas biru yang bertauliah tu hon sampai macam tu sekali..Bila kami perhatikan, pemandunya sedang berehat dan bas tu tengah park di tempatnya..Tak ada tanda-tanda ia nak bergerak pun.Penumpang pun tiada di dalamnya..Sah lah pemandu tu sengaja je nak mengusik..Bila kami toleh dan pandang pemandu tu pula, huhhh..siap sengih-sengih lagi konduktor tiket di sebelah pemandu tu..Memang tak beradab langsung..
Kami pun apalagi terus terfikirkan isu ni lalu dengan semangatnya keluarkan kamera dan ambil gambar bas biru tu..Pendek kata, belum sempat duduk dan buat pemerhatian, isu pun dah timbul..Member kami tadi terus ke lokasinya..Bengang sudah semestinya..
Sungguh indah Pulau Mutiara,
Jadi tumpuan pelbagai negara,
Nak mengusik biar berpada-pada,
Kalau jadi sumpah seranah orang, sia-sia jer laa...

No comments:

Post a Comment