Sunday, March 29, 2009

Pandangan Bebas Kumpulan Kajian Tentang Bas Awam Di P.Pinang

(SEPANJANG 3 TAHUN MENUNTUT DI USM)
SYA, AZRIN, DEVI & QAY

1) Ketika habis minggu orientasi pelajar, adakah anda terus keluar dari universiti dan pergi ke pusat membeli-belah dengan menaiki bas awam?

QAY: Ya, saya terus ke KOMTAR bersama roomate saya dan dua lagi rakan yang baru dikenali ketika orientasi. Naik Bas Milan masa tu..

SYA: Tidak...kerana saya tidak biasa menaiki bas awam.

AZRIN: Tidak kerana saya menaiki kenderaan sendiri ketika itu.

DEVI: Ya, saya keluar bersama senior saya ke pusat membeli belah dan menonton wayang.

2) Semasa mula-mula tiba di P.Pinang, apakah pandangan awal anda mengenai bas awam di sini?

QAY: Cepatnya bas di sini..Tunggu sekejap dah ada..

SYA: Senang untuk didapati sebab perkhidmatan bas yang disediakan terlalu
banyak...contoh mcm Rapid...Banyak bas yang disediakan.

AZRIN: Memang senang sangat nak dapat bas..tidak perlu menunggu lama.

DEVI: Pada pandangan saya, perkhidmatan bas awam di Pulau Pinang boleh dikatakan tidak memuaskan. Hal ini kerana apabila saya mula-mula tiba di Pulau Pinang, bas pertama yang saya naiki ialah Bas Milan. Keadaan bas Milan sangat teruk dan tidak terurus.

3) Bagaimana pula dengan sikap pemandu bas di sini? Adakah sama atau hampir sama di tempat anda?

QAY: Ada setengah yang hampir sama terutama pemandu bas yang muda.Mereka adakalanya kurang sabar.

SYA: Sama saja...Pemandu muda terutamanya ada yang bersikap kurang sabar.

AZRIN: Ada yang bersikap tidak mesra terutama pemandu bas Milan.

DEVI: Sikap pemandu bas di tempat saya lebih baik daripada sikap pemandu di Pulau Pinang.Pemandunya menjerit untuk mendapatkan penumpang dengan menggunakan bahasa yang kasar.


4) Adakah anda pernah melihat sikap pemandu bas awam di P.Pinang ini yang tidak menyenangkan?

QAY: Semestinya ada..Paling tak suka mereka hon sekuat hati & cakap perkataan lucah..Sungguh meluat saya..

SYA: Sikap dan juga situasi ni boleh dilihat di mana-mana tempat...Terutama
pemandu yang tidak beretika ketika memandu di jalan raya.

AZRIN: Sering sangat saya melihat kelakuan yang tidak menyenangkan ini. mungkin kerana tekanan menyebabkan keadaan ini berlaku

DEVI: Sikap pemandu bas di Pulau Pinang sememangnya tidak menyenangkan kerana mereka melayan penumpang dengan teruk. Keadaan ini menyebabkan perasaan penumpang terguris termasuk saya.


5) Pendapat anda tentang tambang bas awam di sini? Adakah berbaloi?

QAY: Kalau dari USM ke Sg.Nibung tu pun RM 1 rasa mcm tak berbaloi sebab dekat sangat..Kalau dari Bukit Jambul ke Queensbay pun RM 1 gak..Sedangkan dekat sangat..

SYA: Tambang bas ni...setuju dengan pendapat Qayherah...kalau dari USM ke Sg.
Nibong dalam 0.50 sen ke, 0.60 sen ke...tu kira okey la

AZRIN:Berbaloi sangat. kerana tambangnya murah saja.jadi sebangai pelajar memang tersangat murah.

DEVI: Tambang bas awam di Pulau Pinang mahal sekiranya dibandingkan dengan kampung saya. Perjalanan yang hanya memakan masa 5 minit dikenakan tambang yang mahal.


6) Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika menaiki bas awam di P.Pinang...

QAY: Masa buat projek CSR tahun lepas, masa nak balik dari buat kajian (bulan puasa, dari KOMTAR nak ke USM), tiba-tiba selepas bas melepasi KOMTAR, pemandu bas ditahan oleh anggota polis kerana tidak memiliki lesen memandu bas..Kawan pemandu bas tu lari tapi dapat ditangkap semula oleh anggota polis tersebut..

SYA: Pengalaman yang tak dapat dilupakan...pemandu bas kena tangkap dengan
pihak Polis sebab pemandu tidak memiliki lesen serta bas yang dipandu
tidak mempunyai permit.

AZRIN: Penagalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah pemandu bas telah memulakan perjalanan tanpa melihat terdapat penumpangnya yang belum sempat duduk lagi. penumpang tersebut merupakan warga tua dan keadaan ini menyebabkan orang tua itu jatuh. keadaan yang sangat menyayat hati saya.

DEVI: Ketika saya menaiki bas Milan dari Bukit Jambul, pemandu bas tersebut menolak penumpang masuk ke dalam bas dan menjerit kepada mereka agar memenuhkan ruang bas tersebut. Tujuannya adalah untuk mendapatkan penumpang yang ramai.


7) Pada pandangan anda, apakah yang perlu ditingkatkan mengenai bas awam di P.Pinang?

QAY: Sekarang ni jadual perjalanan bas dah lambat tak kiralah bas apa pun.Jadi, kalau ketersusunan jadual itu dipatuhi, alangkah baiknya..
SYA: Sistem pengurusan dari segi masa...dari segi infrastruktur tu dah okey,
cuma terdapat sesetengah bas yang perlu diperbaiki misalnya, tempat
duduk

AZRIN: jadual yang tidak menentu perlu diperbaiki supaya orang ramai lebih mudah menggunakannya.

DEVI: Pada pandangan saya, kebersihan dan tatatertib pemandu bas perlu ditingkatkan agar penumpang berasa lebih selesa menggunakan perkhidmatan bas tersebut.


No comments:

Post a Comment