Tuesday, March 31, 2009

INFRASTRUKTUR TERMINAL BAS EKSPRES SG.NIBONG, P.PINANG

Gambar terminal bas ekpres di Sungai Nibong. Antara gambar-gambar yang dirakamkan...




Terminal Bas sg.Nibong terletak bersebelahan Tapak Pesta Pulau Pinang


Pelanggan sedang menuju ke Terminal Bas Sg.Nibong



Laluan keluar bas ekspres


Pandangan dari atas. Bas yang sedang berehat





Naik ke tingkat atas untuk beli tiket, kedai-kedai makanan, surau, tandas


Tunggu masa untuk berlepas


Kelihatan penjual-penjual tiket yang menunggu customer dari bawah, berhampiran tangga di mana customer akan naik ke tingkat atas untuk membeli tiket


Kosong..Tunggu jelah time budak USM cuti semester nanti..


Kat tingkat atas tu adalah surau

Suasana lenggang di Terminal Bas Ekspres Sg.Nibong pada hari-hari biasa


Untuk ruangan kali ni, kami akan bercerita tentang Terminal Bas Sungai Nibong pulak. Kalau sebelum ni kami asyik sembang tentang bas Rapid kan...tapi kali ni kita cuba untuk beralih kepada terminal bas pulak. Terminal bas ekspres Sungai Nibong ni mula dibina pada tahun 2004. Setakat ni terdapat sebanyak 12 buah platform yang menempatkan bas-bas ekspres untuk memberhenti dan mengambil penumpang...Terdapat pelbagai jenis syarikat bas yang membuka perkhidmatan kaunter antaranya Srimaju, Transnasional, Jelita Ekspres dan lain-lain lagi.
Semasa membuat kajian, suasana di terminal bas ekspres Sungai Nibong ni lengang dengan bunyi bas-bas ekspres. Kiranya tak banyak la bas pada hari tu...Melalui pemerhatian, kami mendapati kemudahan yang disediakan setakat ni okey...tetapi terdapat beberapa perkhidmatan penting yang tidak disediakan. Ini turut diakui oleh pekerja-pekerja di terminal tersebut. Antara perkhidmatan yang tidak disediakan tetapi penting untuk disediakan ialah seperti "perkhidmatan mesin pengeluaran wang (ATM)" dan juga "perkhidmatan pertukaran wang asing". Kedua-dua perkhidmatan ni dirasakan sangat penting untuk membolehkan orang ramai terutamanya pelancong asing melakukan pertukaran serta urusan mereka. Kita semua sedia maklum kalau nak buat perkhidmatan pengeluaran wang kita kena p kat BJ, tak pun kat Queensbay sana, jauh tu (walaupun dekat kalau ada kenderaan sendiri)....tak fikir ke situasi kalau seseorang tu,dah la baru sampai...duit plak memang dah tak de....apa lagi mesti la nak cari mesin ATM...tapi mesinnya tak de kat terminal tu...nak pulak kena ke sana ke mari...(masa terbuang kat situ dah..) Tapi seandainya perkhidmatan tu disediakan...ini akan memberi kesenangan kepada semua pihak. Tak luper jugak terima kasih kat abang-abang penjual tiket yang membantu dalam mendapatkan maklumat.
Perkhidmatan yang kedua pulak, perkhidmatan pertukaran wang asing. Ini memang sangat-sangat penting untuk pelancong yang datang melancong ke Pulau Pinang. Oleh yang demikian, bagi meleraikan segala permasalahan semua pihak ni, kumpulan kami telah pun merujuk perkara ini kepada pihak yang tertentu...iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Dan yang paling akhir yang tak bestnya ialah..kat terminal ni ada luggage tapi tak berfungsi n tutup 24 jam (ntah isi apa kat dalam tu)..So, terpaksalah sementara tunggu bas, letak beg yang banyak kat surau..Yelah, takkan nak pergi makan jap atau pergi toilet ke nak angkut semua beg tu masuk toilet sekalikan.. Tapi of course ciri keselamatannya tak terjamin kan..











No comments:

Post a Comment