Suasana keadaan jalan yang lengang...pada waktu pagi
Keadaan yang penuh dengan orang ramai
Suasana di Puduraya pada waktu malam
Ini kisah 3 tahun yang lalu..(JULAI 2006)..Kisah ini berlaku masa mula-mula aku masuk USM P.Pinang..Tak sampai sebulan bergelar mahasiswa..
Alkisahnya..lepas habis jer kuliah Dr.Premalatha (STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL), aku baliklah rumah aku tu kat N.Sembilan..Rasa macam dah lama tak balik rumah padahal baru 2 minggu jer..
Yang sebenarnya punca masalah ialah masa aku nak balik semula ke USM ni selepas "cuti-cuti Malaysia" aku tu. Di sebabkan tiket bas untuk ke Penang di Terminal One, Seremban dah habis, aku kirimlah kat member aku yang duduk KL ni beli tiket bas kat Puduraya (member aku tu pun 1 kos dengan aku & belajar kat USM gak)..So, dia pun belilah tiket untuk aku..Member aku kata, bas tu akan bergerak ke Penang tepat pada pukul 1pm..
Aku pun dari Seremban turunlah ke Puduraya..Dah nak dekat pulul 1 (lagi 10 minit tak silap aku), member aku ni still tak menampakkan batang hidungnya. Aku call & message banyak kali tapi dia asyik kata on the way..Aku pun dah mula hilang keyakinan kat dia samaada dia ni ada beli ke tak tiket bas aku..
At last, aku pun pergi jer beli tiket bas yang baru pada seorang mamat yang jual tiket ni. Masa beli tu, mamat ni kata nanti tunggu bas tu kat platform berapa aku pun dah tak ingat..Bila aku pergi jer kat platform bas tu, aku nampaklah bas ekspres yang menuju ke Penang. Tapi bila aku tunjuk jer tiket yang aku beli tu pada konduktor bas tersebut, dia kata tiket yang aku beli tu tak valid & bukan tiket rasmi syarikat bas ekspres tersebut..Memang sahlah aku dah kena tipu ni dengan penyagak tu!!Bila aku cari si penjual tiket tu dah lesap pulak..Hmm..HILANG DALAM RAMAI bak kata Kump.Exist..
Sebaik sahaja upacara menipu aku tu selesai..maka tersembullah member yang aku nanti-nantikan tadi.. Dia pun dengan hormatnya menyerahkan tiket bas aku yang dia dah beli kelmarin..Tapi aku tak naik bas dengan dialah..Nasib baik tiket bas yang dia beli tu valid & aku pun selamat berlepas ke Penang semula.
Yang tak bestnya, mestilah aku kena bayar balik kat dia tiket yang dia belikan untuk aku tu.. Pasal dia lambatlah aku kena beli tiket bas yang baru & nasib bas tu tak jalan lagi dan sememangnya akulah orang yang terakhir yang melangkah dalam keterpaksaan menaiki bas tersebut.. Melayang RM35 kena tipu dengan "ulat tiket" kat Puduraya...
No comments:
Post a Comment