Tuesday, March 24, 2009

Utamakan keselamatan bukan keuntungan....


Apabila dilihat kawasan di atasa ini...sudah pasti ramai yang mengetahui lokasi kawsan ini kn..? terutama pelajar-pelajar USM! yela,mana tak nyer dah menjadi tempat biasa bagi pelajar dan pengguna perkhidmatan bas awam.. nak tahu dimana lokasi ini..?mana lagi kalau bukan bersebelahan terminal Sungai Nibong..

Macam mana kita semua tahu bahawa kawasan ini merupakan empat menunggu bas..?pelik kan..?papan tanda ke atau bangku untuk menunggu pun tidak disediakan..agaknya para pelajar pun ikut jer orang yang ada kn..hehe kawasan ini menjadi lokasi dimana pelbagai jenis bas yang berhenti menurunkan dan menaikkan penumpang..keadaan ini menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain kerana lokasi mereka memberhentikan bas berhampiran dengan selekoh..tahu lah untung tu banyak yang diperolehi, tapi biarlah berpada dengan keselamatan orang lain juga.

Sepatutnya pihak yang berkenaan perlu lah mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang ramai dipelihara. Begitu juga dengan kawasan seperti Teluk Kumbar. bas berhenti sesuka hati dan kadang menyebabkan berlaku kesesakkan lalu lintas.tiada kemudahan perhentian bas yang disediakan sedangkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan agak besar jumlahnya. terdapat juga pemandu bas seperti bas Milan yang seakan-akan berlumba untuk mendapatkan penumpang dan kelihatannya perkara ini menimbulkan bahaya di kalangan penduduk di sekeliling.dengan keadaan jalan yang agak sempit dan tidak begitu luas, meninbulkan pelbagai perasaan kepada sesiapa yang melihat..hmmm..

Itu lar gelagat manusia sekarang..tidak kira kedudukan,taraf dan jenis masyarakat. perkara ini sudah menjadi lumrah yang sekali diambil tindakan. apa nak jadi lah dengan masyarakat kita nanti kn..fikir-fikirkan..dan renung-renungkan..hehe

No comments:

Post a Comment