Tuesday, March 3, 2009

RAPID KL DAN PEMBAZIRAN..Satu pandangan dari kaca mata Tun Dr.Mahathir Mohamad

Penceroboh boleh ditembak

Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi

Bas-bas Rapid KL yang tersadai
Di atas ialah gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)

Dalam bulan Jun 2008 yang lalu, Yang Berhormat Dato' Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna. Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL. Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini. Kenapa?


Menurut Tun, apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk? Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Beliau juga ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. "...Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL..." Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Bagi kami pula, kami sependapat dengan Tun kerana jika terlalu banyak sangat bas rapid KL dikeluarkan, dan bas-bas ini kerap kosong, ia nyata memang satu pembaziran kerana pengeluaran kos yang tinggi. Anda pula bagaimana??




No comments:

Post a Comment