Monday, March 23, 2009

mEdAN kITt IpOh...




Ha....ini lar Medan Kitt..stesen bas yang terletak di Bandaraya ipoh...


Tak kisah lar kalau orang nak kata bas yang ada di Ipoh ni buruk dan lama..memang itu lah hakikatnya..hehe keadaan ini memang mengundang ketidakselesaan kepada pengguna, akan tetapi pengguna terpaksa redha dengan kemudahan yang ada kerana tiada sebarang pembaharuan yang dilakukan.. apabila saya pergi ke stesen bas berkenaan, saya dapat merasakan keadaan yang tidak menyenangkan itu. dengan bau busuk,kotor dan macam-macam lagi..memang loya tekak bila terpaksa duduk di tempat berkenaan..walaupun terpapar banyak peringatan seperti 'dilarang menghisab rokok', 'dilarang membuang sampah merata-rata', dan juga 'dilarang meludah', akan tetapi masih banyak dikalangan pengguna dan juga pekerja di situ yang tidak mempedulikan peraturan yang telah ditetapkan dan hanya berlagak seperti biasa tanpa ada rasa bersalah dalam diri masing-masing. siapa yang harus dipersalahkan yer??masing-masing fikir lar ye..hehe berbalik kepada cerita tentang stesen bas tadi, kawasan tersebut juga terdedah dengan gejala ragut kerana kurangnya pengawasan dari pihak berkuasa..sikap pemandunya pula sering kali dilihat tidakbertimbang rasa..kadang-kadang cara pemanduannya yang berbahaya akan mengundang kemalangan dikalangan pengguna jalan raya yang lain..keadaan ini harus dihentikan segera.


Selain itu, mungkin jika dilakukan pembaharuan terhadap stesen bas ini, keadaan mungin akan dapt meberi keselesaan kepada pengguna....kan..kan..?

1 comment: